Mar 1, 2005

MeLoDi & aDik-aDik Along

Assalamualaikum...sihat semuanya?? (",)

Kesempatan utk menonton one of rancangan feveret aku mmg aku gunapakai dgn baik (melodi??) Ye, aku suke nengok melodi. Nape?? Haha..buleh tahu pasal apa yg terjadi dlm dunia artis. (Idola?? hehe) Ingin berkongsi cuma tentang satu slot 'selidik' dlm MELODI - 27hb Feb 2005 "Budak sekolah menyanyi??"

Suhana Jasmy, Syura, Fairuz dan semuanya...menyanyi sedari usia remaja (ada juga dari sekolah rendah) Hebat sungguh! Adik-adik ini semuanya hebat. Yea, mana tak hebatnya, kecil-kecil dah ada pengalaman sendiri, duit sendiri. Takkah hebat namanya tu?? Mumtaz!!

'Kagum' aku bertambah pada si cilik dan genit ini kerana dalam usia yg masih muda, watak dan perwatakan mereka persis remaja matang. Lancar gaya bahasa mereka menjawab soalan wartawan. Tu belum masuk bab pakain, persembahan dan segalanya tentang artis cilik ni (aku pun kalah..hehe) Pendek kata Interpersonal communication depa mmg bleh kasik tabik lah. MasyaAllah, kagumnya aku dengan ciptaan Tuhan. Manusia dan segala kebolehan. Nak tau apa soalan cik wartawan?

Ditanya mengapa menyanyi di usia muda..

= Saya memang minat menyanyi. Sejak kecil saya dah menyanyi, paling kurang pun ikut kombo/ kugiran org kahwin. Lagipun, mak dan abah tak menghalang. Cikgu dan kawan-kawan di sekolah turut memberi sokongan. Saya ucapkan terima kasih pada mereka semua kerana memahami minat dan kebolehan saya. (pengakuan seorang artis remaja)

Ditanya tentang pelajaran pula.

= So far (cakap omputeh..hebat, hebat) ulang suara..

"So far study masih paras ok. Tak terganggu sangat. Yang penting kena pandai bahagi masa. Selalunya, saya akan amik show hujung minggu je. Jadi, takdelah masalah sangat. Lagipun, saya akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ni, so study kenalah no satu.

(UPSR?? kan aku dah kata. Mereka ni hebat kan?) Tapi bila budak ni (ek! budak?? hehe) bila artis ni cakap...

"saya mmg minat menyanyi, buat waktu ni sekadar suka-suka tapi akademik tetap no satu. Menyanyi ni adalah cita-cita masa depan saya

(ehh! Lain macam ayat ni..) Confuse plak dah. Cita-cita masa depan dik?? Blaja sekarang ni utk cita-cita masa depankan? (so, dah ada target nak jd penyanyi ye? atau nak jadi penyanyi macam Allahyarham Sudirman bila besar nanti?) Penyanyi+ lawyer?? Yea, aku paham. Mungkin maksudnya begitulah..sambil-sambil belajar, involve sekali dgn minat menyanyi. Tak gitu dik? (Atau aku tersalah dengar? atau aku tersalah tafsir? aku masih keliru..heh) Jujur, aku punya 'schema' pada artis zaman sekarang..mungkin tulah sebabnya aku confuse!! Lagi soalan diajukan.

Eh, tak menyusahkan adik ke? Blaja lagi, nak menyanyi lagi.

=Takdelah masalah sangat. Bolah lah nak menghadapi semuanya. Ni semua macam cabaran lah. Dan saya tak menyesal unuk menjadi artis rakaman pada usia muda. (kagumnya aku) Ada plak yg respon camni 'Adakala saya pergi show bawa buku' Mak aih...makin aku kagum..heh!

Apa kata mak dan ayah mereka?

=Pakcik dan makcik tak menghalang. Asalkan dia minat dan tak mengabaikan pelajaran, pakcik ikutkan lah. Kalau 'berjaya' pun, anak kita juga. Mak cik dan Pakcik tumpang gembiralah atas keupayaan dia sekarang ni. Jika ada peperiksaan besar kami akan pastikan show dan penglibatan seni mereka dikurangkan. (makcik dan pakcikku ***)

Itulah antara coretan dan bualan ringkas dlm slot selidik MELODI minggu ni. Ermm, untuk yang terakhirnya,aku dedikasikan puisi ni utk adik2 ku diluar sana. Ketahuilah bahawa aku kasihkan kalian semua.


Adik-adik Along
Bila berjalan
Hati-hati
Jika nak berlari
Waspada
..takut ada lubang merata
Dan Rasul berkata
Mu'min yg berjaya
Takkan jatuh 2 kali
.. pada lubang yang sama

Jika jatuh
Bangkit adikku
Kerna jalan juang mu masih jauh
Mereka kata kau harapan bangsa
Dan aku kata kau wira segala
Pandang hadapan
Toleh belakang
Ambil kisah lampau
Buat pedoman.

Kerna aku kasih kamu
Dan Tuhan sayang pada kalian
Renunglah tiap yang berhikmah
Sebab
Allah berikan aqal
Pilihanmu ada natjahnya
Kasihan
Jika kau hanyut adikku
Dan aku kan rasa bersalah
Menjadi mentor hanya pada nama

Adikku sayang
Bekalkan pada diri dengan ilmu
Lihat segala dengan cinta
Kerna di situ
Akan timbul ihsan juang
Selagi ada harapan
Dan kau akan terus berlari,
..dan berjuang.

Demi Allah, agama dan bangsa
Di kiri kanan mu
Ada bonda dan ayah
Ada kami semua
Zikir dan fikir
Arah mana perlu kaki melangkah
Sebelum kita semua kan tewas,
...pada Narr yg membara.
Na'uzubillah...


>>>mentor_ulung<<<
280205-Darr Hikmah
LangkahInsanTerpilih

No comments: